Friday, April 16, 2010

Tanda

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang tinggal untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.Tanda 3 hariPada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.Tanda akhirAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. WallahualamApa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan saya sendiri.

Friday, April 9, 2010

10 Tempat Yang Anda Tak Ingin Lawati (Bahagian 2 : 5-1)

Ini adalah sambungan dari Bahagian 1.


5.Ramree Island
Burma
Pulau Ramree di Burma adalah sebuah paya besar juga rumah bagi 1000 ekor buaya air masin yang sangat besar,'the deadliest crocodiles in the world'.Pulau ini juga adalah habitat nyamuk malaria dan kala jengking berbisa. Semasa Perang Dunia Kedua, pulau ini adalah tempat pertempuran enam minggu dalam kempen Burma. Berikut ini adalah keterangan dari salah satu malam-malam mengerikan: "Malam itu [19.2.1945]yang paling mengerikan pernah dialami setiap ahli ML [Motor Launch].Tembakan senjata tersebar di rawa gelap gelita diselangi oleh jeritan orang yang terluka dirahang reptilia besar dan bunyi buaya berputar membuat hiruk-pikuk dari neraka yang jarang didengari di bumi.Bila fajar menjelma,burung bangkai tiba untuk membersihkan apa yang ditinggalkan buaya...Dari sekitar 1,000 tentera Jepun yang memasuki Pulau Ramree, hanya sekitar 20 yang ditemui masih hidup. "


4.Yungas Road
Bolivia
Jalan Yungas Utara (Road of Death atau Death Road) adalah 61 kilometer (38 batu) atau 69 kilometer (43 batu) dari La Paz untuk Coroico, 56 kilometer (35 batu) timur laut La Paz di kawasan Yungas,Bolivia.Jalan ini amat bahaya,dianggarkan bahawa 200-300 pelawat tewas setiap tahun sepanjang jalan itu. Banyak tanda diletakkan untuk menandakan tempat di mana kenderaan telah jatuh di sepanjang jalan ini. Jalan ini dibina pada tahun 1930 semasa Perang Chaco oleh tahanan Paraguay. Ini adalah salah satu dari beberapa laluan yang menghubungkan daerah hutan hujan Amazon Bolivia utara, atau Yungas, ke ibukota wilayah. Kerana jurang ekstrim minimum 600 meter (2.000 kaki), sebahagian besar jalan tidak lebih lebar dari 3,2 meter (10 kaki) dan kurangnya penjaga rel, jalan sangat berbahaya. Lebih-lebih lagi jauh ketika hujan, kabut dan debu membuat pandangan menjadi lebih sulit.




3.Mud Volcanoes of Azerbaijan
Azerbaijan
Pada musim bunga tahun 2001, aktiviti gunung berapi di bawah Laut Caspian di pantai Azeri mencipta sebuah pulau baru. Pada Oktober 2001 berlaku letupan gunung berapi dikeasan di Azerbaijan pada Lokbatan, namun tidak ada korban atau amaran pengosongan. Tapi Azerbaijan tidak memiliki gunung berapi aktif tunggal, sekurang-kurangnya tidak dalam erti kata biasa. Apa yang Azerbaijan miliki adalah gunung berapi lumpur - beratus-ratus gunung berapi lumpur.. gunung berapi Lumpur lebih umum adalah terdiri dari berbagai magma. Kadang-kadang meletup dengan hasil yang spektakuler, tapi umumnya tidak dianggap berbahaya - kecuali anda kebetulan berada di sana pada waktu yang salah: setiap lebih kurang dua puluh tahun, gunung berapi lumpur meletup dengan kuat, meletupkan bebunga api beratus-ratus meter ke angkasa , dan mengeluarkan bertan-tan lumpur di wilayah sekelilingnya. Dalam satu letupan, api dengan mudah dapat dilihat dari 15 kilometer jauhnya pada hari letupan, dan masih menyala, walaupun pada tahap yang lebih rendah, tiga hari kemudian.



2.The Zone of Alienation
Ukraine

The Zone of Alienation adalah zon pengasingan terletak 30 km di sekitar lokasi bencana reaktor nuklear Chernobyl dan diuruskan oleh pentadbiran khas di bawah Ukrainian Ministry of Extraordinary Situations (Emergencies). Ribuan warga menolak untuk dikeluarkan dari zon dan diharam kembali. Selama beberapa dekad terutama penduduk lanjut usia telah berkurang, jatuh di bawah 400 orang pada tahun 2009. Sekitar setengah dari transmigran tinggal di bandar Chernobyl, yang lain meneroka di desa-desa di seluruh zon. Kerana pencerobohan, ada kehadiran polis yang kuat - mereka memberi amaran, jika anda lawati zon ini, anda mungkin ditembak atau mendapat keracunan radiasi - dan kita semua tahu bagaimana kesan buruk yang boleh berlaku.




1.Ilha de Queimada Grande
Brazil
Di lepas pantai Brazil, selatan dari São Paulo, adalah Ilha de Queimada Grande (Pulau Ular). Pulau ini tak di duduki oleh manusia untuk alasan yang sangat baik. Penyelidik menganggarkan bahawa di pulau itu hidup antara satu hingga lima ekor ular bagi setiap meter persegi. Angka itu mungkin tidak akan begitu mengerikan jika ular itu 2 inci panjang dan tidak berbisa. Tetapi ular di Queimada Grande, adalah spesies unik pit viper,iaitu the golden lancehead. The golden lancehead adalag spesies ular yang bertanggung jawab untuk 90% dari korban gigitan ular di Brazil. The golden lancehead yang menduduki Pulau Ular membesar lebih dari setengah meter panjang, dan mereka mempunyai bisa yang bertindak cepat dan kuat untuk mencairkan daging di sekitar gigitan mereka. Tempat ini begitu berbahaya yang kebenaran diperlukan untuk dikunjungi.

Thursday, April 1, 2010

Islam sangat ke PAS?

Artikel ini dipetik dari Malaysian Insider

NOV 18 — PAS merupakan parti pembangkang yang terbesar dalam arena politik Malaysia, walaupun mempunyai jumlah kerusi yang paling kurang di dalam Parlimen dan nampak seolah-olah terpinggir dari segi kepimpinan dalam Pakatan Rakyat. Suka atau tidak kita perlu akui yang PAS merupakan parti yang mempunyai ahli terbanyak dan mempunyai kedudukan keuwangan yang paling mantap.

Dari segi keutuhan parti, tidak seperti rakan mereka PKR dan DAP, belum ada satu pun ADUN PAS yang melompat parti kerana kecekalan mereka membuat bai’ah. ADUN PAS lebih mana sanggup menceraikan isteri mereka tiga dari mengkhianati parti, begitulah dapat kita gambarkan keutuhan perjuangan mereka. Malah kehebatan jentera mereka ternampak jelas apabila diadakan perhimpunan atau demonstrasi jalanan yang mana sebahagian besar datang darinya adalah dari ahli atau penyokong PAS dan sangat kecil dari datang dari rakan-rakan PR.

Atas kehebatan inilah sering diperkatakan yang PAS hendaklah berusaha untuk menjadi pengganti kepada Umno dalam usaha Pakatan Rakyat dalam mengambil alih kerajaan persekutuan. Selalu kita dengar yang mana pemimpin PAS menolak kerajaan perpaduan kerana bukan penggabungan yang dimahukan akan tetapi penggantian. Barangkali atas sebab itulah Datuk Zaid Ibrahim telah mencadangkan Murshidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai pengerusi Pakatan Rakyat kerana diharap mengganti Umno dan Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi Barisan Nasional. Dapat kita lihat bahawa PAS adalah tunjang utama dalam Pakatan Rakyat kerana selaku pengerusi PR, sama seperti pengerusi BN pastilah pemimpin mereka yang akan memegang jawatan Perdana Menteri.

Perkara pokok yang membezakan antara Umno dan PAS ialah perjuangan PAS yang mahukan negara Islam mengikut takrifan mereka. Bagi mereka konsep negara Islam yang dibawa Umno adalah tidak lengkap, palsu atau plastik dan ini dapat kita lihat dengan jelas apabila Nik Aziz pernah menyebut dalam salah satu siri ceramahnya:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh Umno ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa Umno.” — Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

Malah kenyataan ini dapat kita lihat dengan jelas lagi dalam salah satu lagi siri ucapan Presiden PAS Datuk Hadi Awang yang lebih dikenali sebagai amanat Haji Hadi:

“Kita menentang Umno, bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

“Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.” — Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Dapat kita lihat di sini yang mana Umno telah dianggap kafir kerana parti itu tidak menerima sepenuhnya kepimpinan Islam dan saya agak dari itu apa yang dimaksudkan adalah hukum Hudud, ini dapat disimpulkan dengan takrifan “Politik Suku, Agama Suku”. Kalau dari segi ideologi, sebenarnya PAS dan Umno tidak mempunyai banyak perbezaan. Perbezaan utama yang dapat kita lihat adalah isu Hukum Hudud yang mana bagi PAS, Umno itu dikatakan menolak Islam kerana tidak mengamalkan Islam sepenuhnya seperti mana Hadi menyebut "mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah".

Saya tidak berapa bersetuju dengan takrifan negara Islam oleh PAS. Mengikut sesetengah pandangan, Hukum Hudud walaupun disebut di dalam Quran, terjatuh kepada kebijaksanaan pemerintah untuk melaksanakanya atau tidak. Malah ada yang mengatakan Hukum Hudud adalah hanya sebahagian kecil dari konsep negara Islam secara keseluruhan. Namun saya bukan ulamak yang boleh menentukan hukum, saya menyerahkan kepada mereka yang merupakan yang merupakan ahli. Sebagai salah seorang yang telah “dikafirkan” saya berasa saya ada hak untuk mempersoal tentang hal ini, bukan mempersoal hukum Allah akan tetapi mempersoal mereka yang menjatuhkan hukum atas nama Allah.

Sebagai contoh, Hadi ada menyatakan “Politik Suku, Agama Suku” kerana Umno tidak melaksanakan Islam sepenuhnya, jadi saya pun terfikir sejenak. Bukankah PAS juga tidak melaksanakan sistem Islam sepenuhnya. Seingat saya ketika pemerintahan Nabi Muhammad (s.a.w) antara perkara yang menjadi asas pemerintahan beliau adalah Piagam Madinah, Hukum Hudud dan Syura. Islam telah menolak konsep monarki kerana nasib seseorang itu bukan bergantung atas keturunanya tetapi dirinya sendiri.

Datuk Dr Hasan Ali pernah mempersoalkan mengapa PAS tidak mengamalkan system pemilihan Syura dalam muktamar agung sebelum ini. Bukankah telah ada sistem Islam yang lebih baik yang merupakan tauladan dan sunah Nabi? Mengapakah PAS mengikut system pemilihan pemimpin melalui demokrasi undian perwakilan ala-ala negara Barat seperti parti politik di Britain dan UMNO itu sendiri? Apakah mereka tidak yakin dengan sunah Nabi? Jadi bagaimana sekarang, bukankah itu juga sejenis konsep kafir, penjajah dan Jahiliyah? Politik suku agama suku?

Kemudian timbul beberapa kenyataan meragukan mengenai penggunaan Hukum Hudud dari sesetengah pimpinan PAS. Sebagai contoh dalam kes Saiful Bukhari yang telah menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat beliau dan telah membuat sumpah. Mengikut sesetengah pemimpin PAS cara Islam sepatutnya adalah dia perlu mengemukakan empat saksi sebagaimana dalam hukum hudud dan bukan mengangkat sumpah dengan Al-Quran. Bagi saya, katalah kes yang berasingan yang tidak melibatkan mana-mana tokoh politik, kalau begitu bermaharajalela lah perogol bukan? Mana taknya, bila masa perogol akan memperkosa mangsanya di hadapan khalayak ramai yang mana ada 4 saksi? Dan kalau ada 4 saksi pun ia boleh dijatuhkan saksi tidak sahih kerana tidak melalukan apa-apa bagi menghentikan kemungkaran itu. Bagaimana pula apabila perempuan yang telah dirogol mengandung dan tidak dapat mengemukakan 4 saksi? Adakah dia akan terjatuh hukum berzina? Keadilan apakah ini? Adakah ini Hukum Allah atau Hukum Allah yang telah dipolitikkan? Bagaimana pula dengan contoh kes Nabi Yusuf dan Zulaikha dan apakah pula hukum bagi Anwar yang kononya dulu mengangkat sumpah dengan Al-Quran di masjid negara.

Pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu Anwar telah mengumukan yang hukum Hudud hanya akan dilaksanakan pada orang Islam sahaja dan bukan pada orang bukan islam. Bagi saya, bukankah itu juga “Politik Suku Agama Suku” dan Islam Plastik. Kalau benar-benar mempercayai akan keadilan hukum Allah yang mana ianya merupakan yang terbaik dari apa-apa rekaan manusia mengapa tidak berani melaksanakan keatas semua rakyat Malaysia, yang mana akan menjadi negara islam. Bukankah PAS cukup yakin yang Hudud yang mereka bawa mampu membawa keadilan kepada semua kerana ianya datang dari tuhan, jadi mengapa ada sangsi dalam melaksanakan terhadap mereka yang bukan Islam? Macamana pulak nanti contoh kes berzina antara orang Islam dan Bukan Islam? Atau perompak yang mengaku dia telah keluar Islam kerana tidak mahu dipotong tangan. Itu belum masuk isu menangani murtad lagi ni. Pengasingan undang-undang ini adalah lebih kurang sama dengan yang ada sekarang bukan yang mana kita mempunyai mahkamah syariah dan mahkamah sivil. Jadi tidak banyak perbezaan antara sistem baru dan sistem sekarang dan akan menimbulkan isu mahkamah yang mana satukah lebih berkuasa. Adakah ini caranya hendak melaksanakan Negara Islam sepenuhnya?

Saya keliru dan pelik dengan politik PAS baru-baru ini kerana apa yang diperkatakan dengan apa yang dibuat cukup berlawanan. Dalam ceramah memperjuangkan “Negara Islam” sejati akan tetapi dari segi tindak-tanduk pemimpin mereka di Selangor nampaknya sangat berbeza. Dulu dikatakan Selangor adalah negeri yang tidak Islamik langsung kerana mempunyai kilang Carlsberg tapi tengok apa berlaku di Shah Alam. Cakap tak serupa bikin.

Husam Musa ketika berdebat dengan Khairy Jamaluddin di Kota Bahru menuding jari ke langit dan mengatakan yang mereka tetap akan melaksanakan hukum hudud dan menggelarkan Lim Guan Eng sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz. Besoknya “Khalifah Umar Abdul Aziz” mengumumkan yang dia menolak hukum hudud, Husam pun terdiam sepi. Kerana kalau mengikut cadangan Zaid Ibrahim PAS akan menerajui negara ini dan memperkenalkan negara islam “sejati”, namun lihat pada tindak-tanduk PAS baru-baru ini saya berasa ramai yang sangsi mengenai perjuangan dan kebolehupayaan PAS dalam melakukan perkara ini. Banyak masaalah dari segi perlaksanaan dan tindak tanduk pemimpin mereka yang membuatkan saya cukup musykil dengan apa yang dikatakan. Selaku salah seorang Muslimin yang telah "dikafirkan" oleh “Tok Guru” saya rasa saya berhak mempersoalkan mengenai isu ini. Namun para pembaca perlu diingatkan untuk membezakan perkara yang nyata, saya bukan mempersoalkan Islam tapi apa yang saya persoalkan adalah mereka yang berpolitik menggunakan nama Islam, sewenang-wenangnya!! Ada beza antara Hukum Allah dengan menghukum atas nama Allah dan politik Islam dengan mempolitikan Islam.

Fikir-fikirkanlah.