Monday, February 7, 2011

"Pintu Neraka" , Uzbekistan

Terdapat 'Pintu' Neraka di Uzbekistan? Diibaratkan seperti itulah yang terjadi di negara yang terletak di Asia Tengah ini. Ada sebuah lubang api menganga yang disebut mirip pintu neraka "The Door to Hell". Lubang api tersebut telah ada di Uzbekistan sejak 1975 dan ukuran luasnya mencapai 2 kali lapangan padang bola. Tidak hanya itu, kedalamannya pun mencapai hingga 30 meter.

'Pintu Neraka' tersebut terdapat di lokasi jurang besar di bawah bumi. Ahli geologi menemui lubang tersebut ketika melakukan penggalian menggunakan jentera berat untuk pengeboran gas alam semulajadi. Saat itu, semua peralatan penggalian telah masuk terperosok ke dalam lubang tersebut.

Jurang itu dipenuhi dengan gas bumi yang beracun. Untuk mengelakkan gas beracun terlepas keluar ke langit bumi, para ahli memutuskan untuk membakarnya agar ia tidak mencemarkan atmosfera dan membuat makhluk yg menggunakan oxsigen mendapat penyakit² yang serius akibat menghidu gas beracun tersebut. Lokai lubang itu berada dekat dengan kota kecil bernama Davaz.

Terjadi sejak tahun 1975 lubang raksasa itu menyemburkan api seperti gunung berapi dan masih tetap menyala sehingga kini walau sudahpun 35 tahun berlalu. Masyarakat sekitar tidak ada yang berani mendekati kawasan 'Pintu Neraka' tersebut kerana merasa bahang kepanasan sehingga beberapa ratus meter jauhnya hinggakan lubang kebakaran itu digelar sebagai 'pintu neraka'.

Sampai sekarang belum ada lagi penjelasan apakah 'pintu neraka' itu ukurannya semakin melebar atau stabil kerana gas yang keluar dari perut bumi itu sentiasa terbakar. Walau terkena hujan sekalipun, apinya tidak pernah padam.

Lubang api raksasa itu mampu kelihatan dari kejauhan kerana berada di daratan tandus yang luas. Apabila malam menjelma, tampak semakin jelas dengan sorotan cahaya kekuningan yang bersumber dari 'pintu neraka' itu.

Mirip dengan bencana lumpur Lapindo, yang terus mengeluarkan lumpur panas gara-gara penggerudian yang dinilai gagal sehingga menyembur ke permukaan bumi.

Hingga kini juga belum ada ahli geologi yang mampu menghentikan semburan lumpur panas Lapindo. Yang boleh dilakukan hanya menyekat ia ke kawasan kesan lumpur panas itu agar tidak terus melebar ke kawasan.

Mungkin ini antara kejadian2 yang terjadi akibat kecuaian manusia atau kesilapan para ahli geologi atau lebih tepat kerosakan yang dibuat oleh manusia yang tidak ada jalan penyelesaian.. Manusia tak akan mampu melawan kekuatan alam.

Thursday, February 3, 2011

Apakah binatang yang paling hebat di atas muka bumi ini?

Pernahkah anda berpikir tentang binatang apa yang terkuat dan terhebat di dunia ini? apakah gajah? atau singa si raja hutan?? Sebenarnya binatang yang dimaksud hebat disini adalah binatang binatang yang mampu bertahan dalam keadaan yang paling ekstrim seperti hidup di dataran yang amat sangat tinggi, hidup dalam suhu yang sangat dingin ataupun suhu yang sangat panas.

Nah ingin tahu binatang apa saja mereka? ini adalah binatang binatang paling hebat di muka bumi berdasarkan kelebihannya masing masing.

1.kambing gurun

Mereka dapat bertahan hidup di daerah yang sangat tinggi, mereka dapat bertahan hidup pada ketinggian 15.000 kaki tanpa diserang penyakit. mereka adalah binatang berkaki 4 paling hebat di daerah tinggi.

2.beruang kutub

Mereka mampu bertahan di kawasan yang sangat dingin, beruang kutub dapat hidup dan bertahan pada musim dingin yang amat ekstrim. mereka adalah binatang berkaki 4 paling hebat di area dingin.

3.burung laut

Mereka mampu hidup di sekitar laut, untuk makan biasanya mereka memburu ikan-ikan di laut. mereka satu satunya binatang yang mampu bertahan setelah terbang di permukaan air dengan kecepatan tinggi iaitu 90 hingga 120km per jam.

4.unta

Mereka mampu bertahan hidup di daerah yang sangat panas dan tandus dimana jarang sekali terdapat air untuk minum. mereka mampu bertahan hidup tanpa air selama 8 hari. Unta adalah binatang paling hebat diantara binatang berkaki 4 untuk hidup di daerah kering dan tandus.

5.penguin

Mereka mampu bertahan dalam suhu musim dingin yang ekstrim. bahkan mereka mampu bertahan pada suhu minus 70 darjah celcius sekalipun. dan mereka juga mampu bertahan dari hembusan angin dingiin pada kecepatan 100 – 140km/jam.

6.tikus

Mereka memiliki tulang tubuh yang flexibel. mereka dapat bertahan hidup setelah jatuh dari tempat yang tinggi. seperti jatuh dari bangunan 2 tingkat. Tidak seperti binatang lainnya, mereka ini susah dibunuh dengan racun, karena tubuhnya kebal terhadap racun.

7.lipas

Mereka dapat hidup walaupun terkena radiasi kadar tinggi ataupun racun. bahkan mereka masih dapat bertahan hidup selama 9 hari walaupun kepalanya telah terpisah dari badannya, mereka mati bukan kerana rasa sakitnya tetapi akibat kelaparan

8.cacing silinder raksasa

Mereka mampu bertahan hidup hingga ribuan kaki di bawah air, meskipun air itu berisi dengan cairan limbah beracun. mereka juga dapat bertahan hidup pada air yang membeku. dan juga boleh hidup pada air mendidih.(aku pun tak tau apa binatang ini)

9.weta

Mereka dapat bertahan setelah membeku selama berbulan-bulan, mereka juga dapat bertahan setelah kehilangan 99% air dari tubuh mereka disaat mereka membeku, saat mereka membeku denyut jantung dan juga otak mereka juga berhenti.(yang ini pun tak tau jugak)

10.beruang air

Mereka dapat bertahan 1000 kali terhadap radiasi dibandingkan binatang lain dan juga manusia, bahkan mereka boleh hidup pada suhu -272 darjah celcius dan juga suhu sepanas 151 darjah celcius. bukan hanya itu, bahkan binatang ini boleh bertahan lama tanpa air, dan juga sanggup hidup di ruangan hampa udara selama 10 hari.(yang ni lagi la tak tau)

Misteri penemuan bahtera Nabi Nuh (1)

Kisah “Bahtera Nabi Nuh Alaihissalam”, suatu kisah yang sering kita dengar dari mulut ustaz dan ustazah kita semasa di bangku sekolah. Namun kita hanya dapat imaginasikan berdasarkan khayalan kanak-kanak kita pada masa itu.

Zaman berlalu, dengan teknologi yang ada, satu demi satu penemuan sejarah ditemui. Sekalipun penemuan tersebut bukan daripada kalangan “kita” (umat Islam), namun kita perlu bersyukur kerana ada hikmah di sebalik penemuan oleh pihak mereka. Siapa tahu akan jadi asbab hidayah buat mereka.

Pada tahun 1960, sebuah majalah Life Magazine melaporkan penemuan kesan seperti sebuah kapal laut yang sangat besar di puncak gunung Ararat oleh Pesawat Tentera Nasional Turki. Panjangnya kira-kira 437 kaki. Pada tahun 1977 pula, sebuah ” Team Antropologi” di bawah pimpinan Prof. Ron Wyatt telah menemui bukti kebenaran kisah ini.

Pergunungan Ararat. Lihat ketinggian gunung ini. Di mana lokasi bahtera tersebut?

Bulatan menunjukkan lokasi dipercayai bahtera tersebut.

Gambar dari udara lokasi di kawasan pergunungan.

Kelebaran bahtera tersebut dapat dibayangkan menerusi gambar berikut

Gambar Kerja-Kerja Pengukuran Sedang Dijalankan.

Berikut yang dibawah pula adalah gambaran bentuk bahtera Nabi Nuh AS menurut pandangan para pakar arkeologi tersebut. Terdapat pelbagai versi rekabentuk baik rekabentuk luaran mahupun dalaman. Namun Allah jua yang maha mengetahui bentuk sebenar bahtera ini. Di dalam bahtera inilah sedikit umat Nabi Nuh AS diselamatkan Allah SWT bersama ratusan binatang yang diambil secara berpasangan mengikut jenis. Mereka terselamat dari bencana banjir dahsyat dengan ombak setinggi gunung.

Variasi rekabentuk bahtera menurut pandangan para penyelidik

Lihat perbandingan ukuran perahu dengan Pesawat Jumbo 747

Adakah benar ini sememangnya bahtera milik Nabi Nuh as? Hanya Allah sahajalah yang maha mengetahui kebenarannya. Apa yang dipaparkan semoga dapat menambahkan pengetahuan am kita dan menambahkan keimanan kita kepada keagungan dan kebesaran Allah. Sesungguhnya Allah maha berkuasa di atas segala perkara. Sepelik-pelik perkara pada waras akal manusia, tidak pula mustahil disisi Allah. Jika Allah menghendaki sesuatu perkara, ia pasti berlaku dan terjadi. Setiap sesuatu yang diciptakanNya pula pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Misteri penemuan bahtera Nabi Nuh (Bahagian 2)


Di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turki, tersembunyi sebuah misteri berharga yang berusia lebih dari 5000 tahun. Peninggalan sejarah yg berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah sahaja, namun pihak penyelidik US seperti CIA/KGB pun mencuba untuk melakukan penelitian disana. Sejauh ini CIA telah menggunakan satelite dan pesawat Stealth utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung tersebut. Gambar2 itu telah menjadi rahsia besar dan tersimpan rapi dengan kawalan yg ketat bersama dengan rahsia2 penting yg lain di Pentagon.

Sudah beratus2 orang mencuba untuk mendaki Gunung Aghi-Dahl yg kerap dijolokan juga sebagai Gunung Kesengsaraan atau dengan nama petanya iaitu Gunung Ararat, namun hanya beberapa2 orang saja yang berhasil menaklukinya.Sebahagian lagi selebihnya hanyalah menambah senarai nama panjang pendaki-pendaki yang menjadi korban keganasannya. Hingga hari ini, hanya ada beberapa orang pendaki yg dapat sampai ke puncak Gunung Ararat sekaligus dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri sebuah artifak yg mahaberharga tersimpan abadi dipuncaknya.

Lalu apakah sebenarnya artifak mahaberharga yang terkubur selama ribuan tahun di puncak Ararat itu? Yup,menurut para ahli purbakala, mereka menafsirkan bahawa artifak dengan dimensi yang sangat besar tersebut tak lain adalah Bahtera Nabi Nuh! Sepertimana yang kita ketahui bahawa The Great Pyramid of Giza, Mesir telah terkubur didalam tanah selama kurang lebih 2000 tahun lamanya sebelum ditemukan dan dilakukan penggalian terhadapnya. Begitu pula halnya dengan Bahtera Nabi Nuh ,sebelum terjadinya sebuah gempa bumi hebat yang melanda daerah itu pada 2 Mei 1988 silam, artifak tersebut tertimbus di bawah salji hampir selama 5000 tahun lamanya tanpa ada yang mengetahui bahwa sebenarnya tersimpan sebuah rahsia besar didalamnya.

Sebenarnya, zaman Nabi Nuh AS dulu tidaklah seprimitif yg kita semua bayangkan. Pada hakikatnya pengetahuan Sains dan teknologi mereka sudah maju pada masa itu. Buktinya daripada beberapa hasil temuan di kaki Gunung Ararat, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak batu bateri elektrik purba yg digunakan utk meleburkan logam.Tentunya penemuan tersebut mampu membuktikan bahawa masyarakat zaman Nabi Nuh telah mengenali tenaga elektrik.

Mengikut perkiraan para ahli ,Nabi Nuh AS memulai membangunkan bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan lebat yang turun menenggelamkan bumi selama bertahun- tahun sehingga mengakibatkan munculnya air bah maha dasyat yang rata-rata dapat mengakhiri sebahagian populasi manusia dimuka bumi diperkirakan terjadi pada 2345 B.C Rupa bentuk dari Bahtera Nabi Nuh itu sendiri sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut masa kini pada umumnya.

Menurut para peneliti dan pendaki yg pernah melihat langsung Bahtera Nuh di puncak Gunung Ararat serta beberapa imej yang diambil daripada pemotretan udara, Bahtera Nabi Nuh memang merupakan sebuah bahtera yang berdimensi sangat besar dan kukuh. Bahan pembuatan utamanya tersusun oleh susunan kayu dari spesis pohon purba yg memang sudah tidak boleh ditemui lagi didunia ini. Pengukuran objek yang ditandai mempunyai altitute 7.546 kaki dengan panjang dari bahtera kurang lebih 500 kaki, 83 kaki lebar, dan 50 kaki tinggi.

Ada juga Para Pengkaji berpendapat, Bahtera Nuh berukuran lebih luas dari sebuah lapangan sepak bola. Luas pada bahagian dalamnnya cukup utk menampung ratusan ribu manusia.Jarak dari satu tingkat ke satu tingkat lainnya ialah 12 hingga ke 13 kaki. Sebanyak lebih kurang ribuan sampai puluhan ribu balak kayu digunakan untuk membangunnya.

Totalnya, terdapat lebih kurang ratusan ribu manusia dan haiwan daripada pelbagai species yang ikut menaiki bahtera ini, Mengikuti kajian dari Dr.Whitcomb, kira2 terdiri 3.700 binatang mamalia, 8.600 jenis itik/burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yg menaiki Bahtera Nabi Nuh tersebut, selebihnya adalah para kaum Nabi Nuh yang percaya akan ajaran yang dibawanya. Total berat muatan bahtera itu keseluruhan mungkin mencapai kurang lebih 24,300 tan.

Di sekitar objek tersebut, juga ditemui sebuah batu besar dengan lubang pahatan. para peneliti percaya bahawa batu tersebut adalah drogue-stones, di mana pada zaman dahulu biasanya digunakani pada bahagian belakang perahu besar untuk menstabilkan perahu. Radar dan peralatan mereka menemui sesuatu yang tidak lazim pada level iron oxide atau seperti molekul baja. Struktur baja tersebut setelah dilakukan penelitian bahawasanya adalah daripada vessel. Ia telah berumur lebih dari 100.000 tahun, dan terbukti bahawa struktur dibuat oleh tangan manusia. Mereka percaya bahawa itu adalah jejak pendaratan Bahtera Nuh.Beberapa sarjana berpendapat bahawa kemungkinan besar Bahtera Nuh ini dibangunkan disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah kawasan yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibangun di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey,kemungkinan besar bahtera tersebut telah dibawa arus air sejauh kurang lebih 520 Km. Gunung Ararat itu sendiri bukanlah sembarangan gunung, ia adalah sebuah gunung yg unik. Diantara salah satu keunikan yg terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.

Gunung Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai puncak yg terluas di muka bumi ini. Statusnya juga merupakan puncak tertinggi di Turki iaitu setinggi 16,984 kaki dari permukaan air laut.Sedangkan puncak kecilnya setinggi 12,806 kaki. Jika kita berhasil menakluki puncak besarnya, kita dapat melihat 3 wilayah negara dari atasnya, iaitu Russia, Iran, dan Turkey. Sebuah batu nisan yg didakwa kepunyaan nabi Nuh AS telah dijumpai di Gunung Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. Pada tahun 1917, Maharaja Russia Tsar Nicholas II mengirimkan sejumlah 150 org pakar dari pelbagai bidang yg terdiri dari saintis, arkeologi dan tentera untuk melakukan penyelidikan terhadap Bahtera Nabi Nuh tersebut. Setelah sebulan, pasukan ekspedisi itu baru sampai ke puncak Ararat. Segala kesukaran telah berhasil mereka lalui, dan akhirnya menemui Bahtera Nuh tersebut. Dalam keadaan kagum, mereka mengambil gambar sebanyak mungkin. Mereka mengukur panjang Bahtera Nuh dan didapati ukuran panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki, sebagian lainnya tenggelam di dalam salji.

Hasil daripada perjalanan itu dibawa pulang dan mahu diserahkan kepada Tsar, malangnya sebelum sempat melaporkan penemuan penyelidikan itu ke tangan kaisar, Revolusi Bolshevik Komunis (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan Jenderal Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih belum diketahui, apakah laporan itu masih disimpan atau telah dimusnahkan.

Replika Bahtera Nabi Nuh
Replika Bahtera Nabi Nuh
Replika Bahtera Nabi Nuh
Replika Bahtera Nabi Nuh
Replika Bahtera Nabi Nuh
Replika Bahtera Nabi Nuh
Replika Bahtera Nabi Nuh
Replika Bahtera Nabi Nuh

Misteri Kota Atlantis (Bahagian 2)

Mitos tentang Peradaban Atlantis pertama kali dicetuskan oleh seorang ahli falsafah Yunani kuno bernama Plato (427 – 347 SM) dalam buku Critias dan Timaeus.

Dalam buku Timaeus Plato menceritakan bahawa dihadapan selat Mainstay Haigelisi, ada sebuah pulau yang sangat besar, dari sana kalian dapat pergi ke pulau lainnya, di depan pulau-pulau itu adalah seluruhnya daratan yang dikelilingi lautan samudera, itu adalah kerajaan Atlantis. Ketika itu Atlantis akan melancarkan perang besar dengan Athena, namun di luar dugaan Atlantis tiba-tiba mengalami gempa bumi dan banjir, tidak sampai sehari semalam, tenggelam sama sekali di dasar laut, negara besar yang melampaui peradaban tinggi, lenyap dalam satu malam.

Dibahagian lain pada buku Critias adalah adik sepupu dari Critias mengisahkan tentang Atlantis. Critias adalah murid dari ahli filsafat Socrates, tiga kali ia menekankan keberadaan Atlantis dalam dialog. Kisahnya berasal dari cerita lisan Joepe iaitu moyang lelaki Critias, sedangkan Joepe juga mendengarnya dari seorang penyair Yunani bernama Solon (639-559SM). Solon adalah yang paling bijaksana di antara 7 mahabijak Yunani kuno, suatu kali ketika Solon berkeliling Mesir, dari tempat pemujaan makam leluhur mengetahui legenda Atlantis.

Garis besar kisah pada buku tersebut ialah terdapat sebuah daratan raksasa di atas Samudera Atlantik arah barat Laut Tengah yang sangat jauh, yang bangga dengan peradabannya yang menakjubkan. Ia menghasilkan emas dan perak yang tak terhitung banyaknya. Istana dikelilingi oleh tembok emas dan dipagari oleh dinding perak. Dinding tembok dalam istana bertahtakan emas, cemerlang dan megah. Di sana, tingkat perkembangan peradabannya memukau orang. Memiliki pelabuhan dan kapal dengan perlengkapan yang sempurna, juga ada kenderaan yang mampu membawa orang terbang. Kekuasaannya tidak hanya terbatas di Eropah, bahkan jauh sampai daratan Afrika. Setelah dilanda gempa dahsyat,tenggelamlah ia ke dasar laut beserta peradabannya, juga hilang dalam ingatan orang-orang.

Jika dibaca dari sepenggal kisah diatas maka kita akan berfikiran bahawa Atlantis merupakan sebuah peradaban yang sangat memukau. Dengan teknologi dan ilmu pengetahuan pada waktu itu sudah menjadikannya sebuah bangsa yang besar dan mempunyai kehidupan yang makmur.

Tapi kemudian saya mempunyai pertanyaan, apakah itu hanya sebuah cerita untuk tidur pada zamannya Plato atau memang Plato mempunyai bukti2 kuat dan otentik bahawa atlantis itu benar-benar pernah ada dalam kehidupan di bumi ini?

Terdapat beberapa catatan tentang usaha para ilmuwan dan orang-orang dalam pencarian untuk membuktikan bahwa Atlantis itu benar-benar pernah ada. Menurut perhitungan versi Plato waktu tenggelamnya kerajaan Atlantis, lebih kurang 11,150 tahun yang silam. Plato pernah beberapa kali mengatakan, keadaan kerajaan Atlantis diceritakan turun-temurun. Sama sekali bukan rekaannya sendiri. Plato bahkan pergi ke Mesir minta petunjuk biksu dan rahib terkenal setempat waktu itu. Guru Plato iaitu Socrates ketika membicarakan tentang kerajaan Atlantis juga menekankan, kerana hal itu adalah kenyataan, nilainya jauh lebih kuat dibanding kisah yang direkaan.

Jika semua yang diutarakan Plato memang benar-benar nyata, maka sejak 12.000 tahun silam, manusia sudah mencipta peradaban. Namun di manakah kerajaan Atlantis itu? Sejak ribuan tahun silam orang-orang menaruh minat yang sangat besar terhadap hal ini. Hingga abad ke-20 sejak tahun 1960-an, laut Bermuda yang terletak di bahagian barat Samudera Atlantik, di kepulauan Bahama, dan laut di sekitar kepulauan Florida pernah berturut-turut diketemukan keajaiban yang menggemparkan dunia.

Suatu hari di tahun 1968, kepulauan Bimini di sekitar Samudera Atlantik di gugusan Pulau Bahama, laut tenang dan bening bagaikan kaca yang terang, tembus pandang hingga ke dasar laut. Beberapa penyelam dalam perjalanan kembali ke kepulauan Bimini, tiba-tiba ada yang menjerit kagum. Di dasar laut ada sebuah jalan besar! Beberapa penyelam secara bersamaan terjun ke bawah, ternyata memang ada sebuah jalan besar membentang tersusun dari batu raksasa. Itu adalah sebuah jalan besar yang dibangunkan dengan menggunakan batu persegi panjang dan poligon, besar kecilnya batu dan ketebalan tidak sama, namun penyusunannya sangat rapi. Apakah ini merupakan sebuah jalan di kerajaan Atlantis?

Awal tahun ‘70-an disekitar kepulauan Yasuel Samudera Atlantik, sekelompok peneliti telah mengambil inti karang dengan mengebor pada kedalaman 800 meter di dasar laut, atas ungkapan ilmiah, tempat itu memang benar-benar sebuah daratan pada 12.000 tahun silam. Kesimpulan yang ditarik atas dasar teknologi ilmu pengetahuan, begitu mirip seperti yang dilukiskan Plato! Namun, apakah di sini tempat tenggelamnya kerajaan Atlantis?

Tahun 1974, sebuah kapal peninjau laut Uni Soviet telah membuat 8 lembar foto yang jika disarikan membentuk sebuah bangunan kuno mahakarya manusia. Apakah ini dibangun oleh orang Atlantis?

Tahun 1979, ilmuwan Amerika dan Perancis dengan alat pengesan yang sangat canggih menemui piramid di dasar laut “segitiga maut” laut Bermuda. Panjang piramid lebih kurang 300 meter, tinggi lebih kurang 200 meter, puncak piramid dengan permukaan samudera hanya berjarak 100 meter, lebih besar dibanding piramid Mesir. Bahagian bawah piramid terdapat dua lubang raksasa, air laut dengan kecepatan yang menakjubkan mengalir di dasar lubang terdebut.

Piramid besar ini, apakah dibangunkan oleh orang-orang Atlantis? Pasukan kerajaan Atlan pernah menakluk Mesir, apakah orang Atlantis membawa peradaban piramid ke Mesir? Benua Amerika juga terdapat piramid, apakah berasal dari Mesir atau berasal dari kerajaan Atlantis?

Tahun 1985, dua kelasi Norwegia menemui sebuah kota kuno di bawah area laut “segitiga maut”. Pada foto yang dibuat oleh mereka berdua, ada dataran, jalan besar vertikal dan horizontal serta lorong, rumah beratap kubah, gelanggang pertarungan (binatang), kuil, bantaran sungai dll. Mereka berdua mengatakan dengan mutlak dan percaya terhadap apa yang mereka temui itu adalah Benua Atlantis seperti yang dilukiskan oleh Plato. Benarkah itu?

Indonesia Adalah Benua Atlantis?

Yang lebih menghebohkan lagi adalah penelitian yang dilakukan oleh Aryso Santos, seorang ilmuwan asal Brazil. Santos menegaskan bahwa Atlantis itu adalah wilayah yang sekarang ini disebut Indonesia.

Dalam penelitiannya selama 30 tahun yang ditulis dalam sebuah buku “Atlantis, The Lost Continent Finally Found, The Definitifve Localization of Plato’s Lost Civilization” dia menampilkan 33 perbandingan, seperti luas wilayah, cuaca, kekayaan alam, gunung berapi, dan cara bertani, yang akhirnya menyimpulkan bahwa Atlantis itu adalah Indonesia. Sistem terasisasi sawah yang khas Indonesia, menurutnya, ialah bentuk yang diadopsi oleh Candi Borobudur, Piramid di Mesir, dan bangunan kuno Aztec di Mexico.

Santos mengatakan bahawa pada masa lalu Atlantis itu merupakan benua yang membentang dari bahagian selatan India, Sri Lanka, Sumatra, Jawa, Kalimantan, terus ke arah timur dengan Indonesia (yang sekarang) sebagai pusatnya. Di wilayah itu terdapat puluhan gunung berapi yang aktif dan dikelilingi oleh samudera yang menyatu bernama Orientale, terdiri dari Samudera Hindia dan Samudera Pasifik.

Sedangkan menurut Plato, Atlantis merupakan benua yang hilang akibat letusan gunung berapi yang secara bersamaan meletus. Pada masa itu sebahagian besar bahagian dunia masih diliputi oleh lapisan-lapisan ais (era Pleistocene). Dengan meletusnya berpuluh-puluh gunung berapi secara bersamaan yang sebahagian besar terletak di wilayah Indonesia (dulu) itu, maka tenggelamlah sebahagian benua dan diliputi oleh air yang berasal daripada ais yang mencair. Di antaranya letusan gunung Meru di India Selatan dan gunung Semeru/Sumeru/Mahameru di Jawa Timur. Lalu letusan gunung berapi di Sumatera yang membentuk Danau Toba dengan Pulau Somasir, yang merupakan puncak gunung yang meletus pada saat itu. Letusan yang paling dahsyat di kemudian hari adalah gunung Krakatau (Krakatoa) yang memecah bahagian Sumatera dan Jawa dan lain-lainnya serta membentuk selat dataran Sunda.

Santos berbeza pendapat dengan Plato mengenai lokasi Atlantis. Ilmuwan Brazil itu berargumentasi, bahawa pada saat terjadinya letusan pelbagai gunung berapi itu, ia menyebabkan lapisan ais mencair dan mengalir ke samudera sehingga keluasannya bertambah. Air dan lumpur berasal dari abu gunung berapi tersebut membebani samudera dan dasarnya, mengakibatkan tekanan luar biasa kepada kulit bumi di dasar samudera, terutama pada pantai benua. Tekanan ini mengakibatkan gempa. Gempa ini diperkuat lagi oleh gunung-gunung yang meletus kemudian secara beruntun dan menimbulkan gelombang tsunami yang dahsyat. Santos menamakannya Heinrich Events.

Dalam usaha mengemukakan pendapat berdasarkan kepada sejarah dunia, tampak Plato telah melakukan dua kekhilafan, pertama mengenai bentuk/posisi bumi yang katanya datar. Kedua, mengenai letak benua Atlantis yang katanya berada di Samudera Atlantik yang ditentang oleh Santos. Penelitian militer Amerika Syarikat di wilayah Atlantik terbukti tidak berhasil menemukan bekas-bekas benua yang hilang itu. Oleh kerana itu tidaklah semena-mena ada peribahasa yang berkata, “Amicus Plato, sed magis amica veritas.” Ertinya,” Saya senang kepada Plato tetapi saya lebih senang kepada kebenaran.”

Namun, ada beberapa keadaan masa kini yang antara Plato dan Santos sependapat. Yakni pertama, bahwa lokasi benua yang tenggelam itu adalah Atlantis dan oleh Santos dipastikan sebagai wilayah Republik Indonesia. Kedua, jumlah atau panjangnya mata rantai gunung berapi di Indonesia. Di antaranya ialah Kerinci, Talang, Krakatoa, Malabar, Galunggung, Pangrango, Merapi, Merbabu, Semeru, Bromo, Agung, Rinjani. Sebahagian dari gunung itu telah atau sedang aktif kembali.


Bahagian 1

Misteri Kota Atlantis (Bahagian 1)

gambaran pelukis

SELEPAS terdiam sejenak, Plato memulakan ceritanya. Antara cebisan kisah seperti diceritakan ahli falsafah Greek sekitar abad ke-350 itu berbunyi lebih kurang begini: Terdapat sebuah pulau besar yang hebat di Lautan Atlantik, ribuan tahun sebelum zaman kelahirannya dan pulau itu dinamakan Pulau Atlas atau ‘Atlantis’. Pulau itu sungguh hebat dan sudah mencapai kemuncak sains dan teknologi (walaupun ketika itu sudah ribuan tahun berlalu daripada sekarang)! Aspek sains dan teknologi terlalu maju sehingga dikatakan terdapat kapal udara bagi mengangkut tentera, terbang tanpa menggunakan minyak.

Saintisnya berjaya mencipta aloi misteri yang bercahaya dan amat keras. Kemajuan sains juga sehingga penyelidik Atlantis pandai melakukan kacukan haiwan dan tumbuhan selain mempunyai alat komunikasi seperti sidang televideo yang jauh lebih hebat daripada teknologi yang dicipta abad ini. Setiap ilmu dan ciptaan teknologi yang dimiliki saintis negara itu akan dikongsi bersama seluruh warga Atlantis untuk membolehkan kemajuan dipertingkatkan. Keluasannya 600 darab 400 kilometer persegi dan memiliki ladang luas (seluas Oklohama, Amerika syarikat) sehingga mampu menampung makanan 15 juta hingga 30 juta penduduk. Tenteranya saja seramai 1.6 juta orang. Negara itu disinari matahari terik sepanjang tahun.

gambaran pelukis

Selain tanaman seperti pisang, nanas dan kelapa sebagai tanaman utama, rantau Atlantis dipenuhi bijih timah dan emas. Pusat pemancar tenaganya adalah bersumberkan daripada sebuah batu kristal, segala bentuk perubatan hanya diubati menggunakan batu kristal tersebut yang terletak ditengah2 k0ta Atlantis menggunakan kaedah telepati. Bandar rayanya indah sekali, terusan besar dibina menghubungkan bandar dengan lautan bagi memudahkan kapal belayar terus ke bulatan air; jambatan merintangi bulatan pula dikelilingi taman indah, pokok subur dan puluhan air pancuran berkilauan.

Ibu kotanya dibina di tengah pulau dengan bangunan mewah disusun harmoni menghasilkan seni landskap memukau. Bangunan disusun berselang seli dengan batu bata hitam, putih dan merah. Bangunan mewah dihias pancuran air panas dan sejuk selain dewan makan dan dinding konkrit dibuat daripada batu bata berharga. Dalam Atlantis ada istana, tempat ibadat, pelabuhan, sistem perairan canggih, universiti, makmal dan bangunan akademik yang menjadi pusat kajian sains dan kemanusiaan.

gambaran pelukis

Begitu lama Atlantis hidup gah dengan kemewahan dan kemajuan pembangunan serta tamadun sehingga menyebabkan penduduknya mula takbur dan melakukan dosa. Akhirnya, lantaran dosa dan sikap penduduknya, kemajuan teknologi dan kehebatan Atlantis yang dicapai sebegitu lama akhirnya musnah dalam tempoh semalaman. Atlantis akhirnya tenggelam ke dasar laut akibat hukuman yang dinatijahkan menerusi letupan gunung sucinya iaitu Atlas. Demikianlah antara cedukan maklumat hasil keterangan Plato mengenai tamadun Atlantis yang kini terus menjadi misteri di kalangan pengkaji profesional sehinggalah kepada rakyat biasa di seluruh dunia. Pengkaji terus mencari di manakah sebenarnya lokasi Atlantis pada bulatan Bumi sebelum ia tenggelam.

Pelbagai maklumat geografi hasil kisah Plato seperti dicatat dalam ‘Timaeus and Critias’ terus dikaji dan dirujuk silang dengan topografi ketika ini. Harapan untuk menjumpai kesan tamadun Atlantis tidak pernah padam kerana sesiapa yang berjaya menemui arkeologi tinggalan benua itu digambarkan akan menjadi individu atau pihak ‘paling berkuasa’ di muka Bumi! Ini disebabkan Atlantis digambarkan memiliki teknologi canggih termasuk keupayaan ketenteraan yang melebihi kemampuan teknologi dicapai manusia abad ini. Ia memang menakjubkan tambahan pula jika dilihat kecanggihan itu dicapai lebih 11,000 tahun lalu!

Keterangan Plato menyebabkan ramai berfikir dua kali kerana sebelum ini, mereka menyangka sains dan teknologi baru saja berkembang sekitar 1,000 tahun lalu. Mana mungkin 11,000 tahun lalu sudah ada dunia futuristik yang lebih hebat daripada sekarang? Tetapi jika benar dunia Atlantis yang amat maju itu wujud, maka penemuan tinggalan arkeologi tamadun itu bakal menyingkap pelbagai rahsia sains dan teknologi yang masih belum dicapai manusia ketika ini seterusnya mampu memberi kuasa pengetahuan yang hebat kepada sesiapa yang menemuinya!

wilayah yang dikatakan dalam pentadbiran kerajaan atlantis

Justeru, pengkaji berlainan bangsa daripada seluruh dunia terus-menerus meneliti rekod dialog Plato mengenai tamadun yang dikatakan lebih awal daripada tamadun Mesir, Babylon Mesopotamia, Inca dan Greek itu selain meneliti keadaan geografi Bumi kini. Antara meraka adalah Pakar Kejuruteraan Nuklear Brazil, Arysio Nunes dos Santos, yang mendapati latar tempat cerita Plato menyamai kawasan Nusantara khususnya Indonesia.

Pelbagai hasil kajian yang ditemuinya menolak teori lain yang mengatakan Atlantis terletak di kawasan Mediterranean, Andalusia, Antartika, Caribbean dan pelbagai tempat lagi. Antara hujah lelaki itu, gunung berapi yang menenggelamkan Atlantis dirujuk sebagai satu kawasan yang paling kerap mengalami gempa bumi dan memiliki banyak gunung berapi aktif iaitu di Nusantara. Mengenai suhu pula, Plato menegaskan bahawa penduduk Atlantis hidup dalam iklim tropika dengan pisang sebagai salah satu tanaman. Penduduk Atlantis dikatakan menanam tanaman dua kali setahun dan ia dikaitkan tanaman padi, gandum atau barli yang banyak ditemui di kawasan Timur Jauh.

Mengenai jumlah penduduk pula, Santos menegaskan Plato merujuk kepada sejumlah besar penduduk yang secara langsung menafikan dakwaan Atlantik di Eropah, Asia Utara dan Utara Amerika sebagai Atlantis kerana kawasan berkenaan ketika itu masih berais. Kenyataan Plato bahawa Atlantis menghasilkan banyak bijih timah dan emas juga selaras dengan galian yang banyak terdapat di Asia Tenggara iaitu bijih timah dan emas sehingga pernah digelar ‘Semenanjung Emas’, ‘Gunung Emas’ dan ‘Bukit Besi Putih’. Atlantis juga dikatakan disinari panas sepanjang tahun yang dikaitkan sebagai iklim tropika di kawasan berhampiran garisan Khatulistiwa.

struktur binaan buatan manusia yg dikatakan mungkin tembok atau sistem jalan raya dibawah lautan atlantis yg dikesan melalui google map yg dikatakan milik kerajaan atlantis

Selain itu, terdapat umat Islam yang mengaitkan tenggelamnya Atlantis disebabkan peristiwa banjir besar Nabi Nuh AS. Sejak wujudnya cerita Plato itu, misteri Atlantis terus menerus dikaji dan difantasi. Teori yang pelik turut kedengaran seperti kota Atlantis kini masih wujud di dasar laut denganpenduduknya menjadi ikan duyung. Golongan skeptikal menamatkan misteri itu dengan babak yang mungkin seperti berikut - selepas selesai menceritakan mengenai kota Atlantis itu, Plato menghembuskan nafasnya dengan dada yang lapang. Dia berpuas hati dengan cerita hebatnya mengenai Atlantis. Kepuasan Plato menghasilkan karya termasyhur itu mungkin sama saja seperti dirasai Steven Spielberg selepas sutradara Amerika Syarikat itu selesai mengarahkan filem fiksyen terhebatnya iaitu ‘ET’. “Kalau begini, mungkin selepas ini kita boleh kaji dan cari lokasi ‘Middle Earth’ seperti di dalam filem ‘Lord of The Rings’ pula!” kata sinis seorang daripada kumpulan skeptikal itu.


Bahagian 2