Monday, February 7, 2011

"Pintu Neraka" , Uzbekistan

Terdapat 'Pintu' Neraka di Uzbekistan? Diibaratkan seperti itulah yang terjadi di negara yang terletak di Asia Tengah ini. Ada sebuah lubang api menganga yang disebut mirip pintu neraka "The Door to Hell". Lubang api tersebut telah ada di Uzbekistan sejak 1975 dan ukuran luasnya mencapai 2 kali lapangan padang bola. Tidak hanya itu, kedalamannya pun mencapai hingga 30 meter.

'Pintu Neraka' tersebut terdapat di lokasi jurang besar di bawah bumi. Ahli geologi menemui lubang tersebut ketika melakukan penggalian menggunakan jentera berat untuk pengeboran gas alam semulajadi. Saat itu, semua peralatan penggalian telah masuk terperosok ke dalam lubang tersebut.

Jurang itu dipenuhi dengan gas bumi yang beracun. Untuk mengelakkan gas beracun terlepas keluar ke langit bumi, para ahli memutuskan untuk membakarnya agar ia tidak mencemarkan atmosfera dan membuat makhluk yg menggunakan oxsigen mendapat penyakit² yang serius akibat menghidu gas beracun tersebut. Lokai lubang itu berada dekat dengan kota kecil bernama Davaz.

Terjadi sejak tahun 1975 lubang raksasa itu menyemburkan api seperti gunung berapi dan masih tetap menyala sehingga kini walau sudahpun 35 tahun berlalu. Masyarakat sekitar tidak ada yang berani mendekati kawasan 'Pintu Neraka' tersebut kerana merasa bahang kepanasan sehingga beberapa ratus meter jauhnya hinggakan lubang kebakaran itu digelar sebagai 'pintu neraka'.

Sampai sekarang belum ada lagi penjelasan apakah 'pintu neraka' itu ukurannya semakin melebar atau stabil kerana gas yang keluar dari perut bumi itu sentiasa terbakar. Walau terkena hujan sekalipun, apinya tidak pernah padam.

Lubang api raksasa itu mampu kelihatan dari kejauhan kerana berada di daratan tandus yang luas. Apabila malam menjelma, tampak semakin jelas dengan sorotan cahaya kekuningan yang bersumber dari 'pintu neraka' itu.

Mirip dengan bencana lumpur Lapindo, yang terus mengeluarkan lumpur panas gara-gara penggerudian yang dinilai gagal sehingga menyembur ke permukaan bumi.

Hingga kini juga belum ada ahli geologi yang mampu menghentikan semburan lumpur panas Lapindo. Yang boleh dilakukan hanya menyekat ia ke kawasan kesan lumpur panas itu agar tidak terus melebar ke kawasan.

Mungkin ini antara kejadian2 yang terjadi akibat kecuaian manusia atau kesilapan para ahli geologi atau lebih tepat kerosakan yang dibuat oleh manusia yang tidak ada jalan penyelesaian.. Manusia tak akan mampu melawan kekuatan alam.

No comments:

Post a Comment