Wednesday, March 31, 2010

Kenderaan mewah di Malaysia (siri ke-2)

Lamborghini convoy



Pagani Zonda


Maserati


Ferrary Spider


Pagani Zonda


Ferrari Enzo



Aston Martin DB9


Porsche Carrera

Tuesday, March 30, 2010

Sedikit cerita tentang Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

Syed Mokhtar: Pesanan ibu bawa berkat

Oleh HELMI MOHD FOAD

PUTRAJAYA 10 Jan. – Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56, yang diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429 akan sentiasa mengingati pesanan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Abdullah supaya menyumbangkan separuh daripada pendapatannya bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Beliau berkata, separuh daripada pendapatan pertama ketika membantu bapanya, Syed Nor Albukhary berniaga lembu sebanyak RM1,500 ketika tahun 60-an telah diserahkan kepada ibunya yang kemudian memintanya mengagihkan wang itu kepada 15 keluarga miskin di Alor Star, Kedah.

‘‘Saya guna pesanan ibu itu supaya separuh daripada pendapatan diberikan kepada orang kurang mampu, itulah yang telah memberikan saya keinsafan.

‘‘Malah sampai sekarang, sumbangan kepada 15 keluarga tersebut terus diberikan, kalau yang meninggal dunia diganti dengan orang lain.

‘‘Tuhan sudah memberikan segala nikmat, semuanya saya dah rasa, apa lagi yang kita mahu, maka nikmat itu perlu digunakan bagi faedah kepada orang ramai terutama pelajaran,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis Sambutan Maal Hijrah 1429 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Melalui anugerah tersebut, Syed Mokhtar yang juga Pengerusi Yayasan Albukhary menerima hadiah wang tunai sejumlah RM60,000 yang disumbangkan oleh kerajaan manakala RM20,000 lagi oleh Yayasan Ubaidi.

Perniagaan

Syed Mokhtar yang berasal dari sebuah keluarga Arab Hadhrami kurang berkemampuan di Alor Star kini merupakan ahli perniagaan bumiputera terkaya di negara ini dengan harta bernilai RM4.16 bilion sebagaimana dinyatakan dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes 2007.

Syarikat Kumpulan Albukhary yang dibangunkan oleh beliau kini terbabit dalam beberapa industri utama negara antaranya pengangkutan, logistik, utiliti, automotif, pertahanan, makanan dan perbankan Islam serta kewangan.

Kumpulan tersebut menubuhkan Yayasan Albukhary pada 1996 sebagai sayap kerja-kerja kebajikan dan menyalurkan dana bagi kerja-kerja amal yang kini berkembang sebagai entiti amal global antaranya penubuhan Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Program Biasiswa Albukhary.

Sehingga 2006, yayasan tersebut menyumbang hampir RM1 bilion secara langsung kepada usaha kebajikan termasuk menyertai proses membina semula kehidupan pelarian Afghanistan, bantuan mangsa gempa di Pakistan dan Iran serta mangsa bencana tsunami di Aceh, Indonesia.

Selain itu, yayasan tersebut sedang berusaha menubuhkan hospital AIDS di Uganda, membantu kanak-kanak jalanan di Afrika dan merintis program bantuan kemanusiaan bagi mangsa perang di Iraq dan Lebanon.

Menurut Syed Mokhtar, mengenangkan kejayaan yang dicapainya sekarang daripada pesanan seorang ibu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta beliau menyerahkan hadiah wang tunai yang diterimanya itu kepada ibunya.

‘‘Saya tanya pada Pak Lah nak buat apa dengan duit RM80,000 ini, dia kata bagilah kepada ibu kerana dari situlah asal saya,” katanya.

Kejayaan

Syed Mokhtar yang mengakui inilah kali pertama beliau mendedahkan kisah hidupnya kepada media berkata, meskipun telah mengecapi kejayaan, beliau sebenarnya hanya sekadar manusia biasa dan Yang Maha Kaya itu adalah Allah.

‘‘Daripada keinsafan itu, kita cari rezeki macam tidak ada hari esok, saya usahakan sejak dari tahun 60-an dan telah melalui kepayahan dan kesakitan.

‘‘Dan sehingga hari ini syarikat lori dan beras yang merupakan perniagaan awal saya di Kedah masih terus beroperasi.

‘‘Saya adalah anak kelahiran Dasar Ekonomi Baru (DEB), melalui bantuan Mara serta UDA saya mengembangkan perniagaan tetapi melalui proses pahit maungnya dahulu,” katanya.

Jelas beliau, apabila mendapat rezeki yang banyak, ia digunakan untuk kebajikan lebih 67,700 kakitangan Kumpulan Albukhary dan selebihnya bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Syed Mokhtar berkata, kesempitan kewangan ketika zaman kanak-kanak sehingga tidak mampu membayar yuran peperiksaan menyebabkan beliau kini berusaha membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan untuk mendapat peluang pelajaran.

‘‘Saya bersekolah setakat tingkatan lima tapi tak sempat ambil peperiksaan kerana tidak mampu bayar yuran.

‘‘Jadi, mengenangkan dulu saya tidak ada peluang, bila saya dapat peluang dalam perniagaan saya fikir kena beri peluang pendidikan kepada mereka yang tidak mampu,” katanya.

Katanya, aktiviti kebajikan melalui Yayasan Albukhary diteruskan pula melalui pembinaan Kompleks Albukhary di Alor Star yang berkonsepkan pondok moden dengan dilengkapi masjid, rumah anak-anak yatim dan sekolah.

Selain itu katanya, yayasan tersebut yang dijana oleh syarikat Kumpulan Albukhary turut menyediakan program tuisyen yang sehingga kini telah melibatkan 22,000 pelajar kurang berkemampuan sejak empat tahun lalu.

Tambahnya, pihaknya kini sedang membina Universiti Antarabangsa Albukhary yang dijangka siap penghujung 2009 sebagai tempat pelajar-pelajar cemerlang kurang berkemampuan itu untuk menyambung pelajaran.

‘‘Pelajar-pelajar kurang mampu itu kita beri peluang dengan kita gajikan guru untuk mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dan alhamdulillah kebanyakannya dapat maju ke depan,” katanya.

Katanya, hasil pesanan ibunya, beliau turut mengembangkan aktiviti kebajikan kepada masyarakat minoriti Islam yang tertindas dan miskin di luar negara dengan membawa pelajar-pelajar miskin tetapi cerdik untuk menyambung pelajaran di sini.

Setakat ini, katanya, seramai 372 orang pelajar dari 47 buah negara minoriti Islam sedang menimba ilmu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di bawah tajaan Yayasan Albukhary.

Yayasan berkenaan juga menaja umat Islam kurang berkemampuan dari segi kewangan bagi menunaikan ibadah haji serta memberikan bantuan pembinaan masjid-masjid termasuk membiayai projek membaik pulih Masjid Negara di ibu negara.

‘‘Usaha membaik pulih Masjid Negara timbul apabila satu malam saya ‘berpusing- pusing’ (meninjau) kawasan sekitar Muzium Kesenian Islam, saya dapati ia terang-benderang tetapi Masjid Negara gelap... macam mana boleh macam ini,” katanya.

Monday, March 29, 2010

10 Tempat Yang Anda Tak Ingin Lawati (Bahagian 1 : 10-6)

10. Great Pacific Garbage Patch
Lautan Pasifik
The Great Pacific Garbage Patch, juga digambarkan sebagai Vortex Sampah Pasifik.Kebanyakan menganggarkan saiznya lebih besar daripada negeri Texas, ada juga yang mendakwa bahawa saiznya adalah lebih besar daripada tanah besar Amerika Syarikat, namun saiz yang tepat tidak dapat dipastikan.



9. Izu Islands
Jepun

Kepulauan Izu adalah sekelompok pulau-pulau gunung berapi peregangan selatan dan timur dari Semenanjung Izu Honshu, Jepun.Secara pentadbiran, mereka membentuk dua bandar dan enam desa;semua bahagian dari Tokyo. Yang terbesar adalah Izu Oshima, biasanya disebut hanya Oshima.Kerana sifat vulkanik, pulau-pulau itu terus-menerus dipenuhi dengan bau belerang. Penduduk dipindahkan dari pulau-pulau pada tahun 1953 dan 2000 akibat aktiviti gunung berapi dan tahap kualiti gas yang merbahaya.Penduduk kembali pada tahun 2005, namun kini diperlukan untuk membawa masker gas bersama mereka setiap saat kerana bimbang tahap gas naik secara tak terduga.




8. The Door to Hell
Turkmenistan
Semasa menggali di Derweze,Turkmenistan pada tahun 1971, ahli geologi tidak sengaja menemukan sebuah gua bawah tanah yang penuh dengan gas semulajadi.Tanah yang digali runtuh, meninggalkan lubang besar dengan diameter sekitar 50-100 meter.Untuk mengelakkan pembuangan gas beracun, para saintis memutuskan untuk membakar lubang itu.Geologis berharap api akan keluar dalam beberapa hari tetapi telah terbakar sejak itu.Orang tempatan menamakan lubang itu gua Pintu ke Neraka. Seperti yang dapat anda lihat dari gambar di atas, ini adalah salah satu neraka dari sebuah tempat, tetapi tentu saja yang tidak mahu lawati.





7. Alnwick Poison Gardens
England
Diilhamkan dari Botanical Gardens di Padua, Itali (kebun botanik pertama yang diciptakan untuk tumbuh tanaman ubat dan beracun pada 1500-an),Alnwick Garden ialah kebun tanaman yang sepenuhnya beracun yang boleh membunuh.The Alnwick Garden mempunyai lesen Home Office untuk tumbuh tanaman yang sangat khusus iaitu, ganja dan koka yang terdapat di balik jeruji besi di kandang gergasi - untuk alasan yang jelas.




6. Asbestos Mine,Thetford
Kanada

Asbes adalah serangkaian enam silikat mineral yang sangat berharga.Di sudut negatifnya,bahan galian menyebabkan barah dan pelbagai penyakit lain.Kesatuan Eropah telah melarang semua perlombongan dan penggunaan asbes di Eropah.Di Kanada iaitu di Thetford Mines, anda boleh melawat lombong asbes terbuka yang sangat besar dan masih beroperasi secara penuh. Para pekerja di lombong tidak dikehendaki untuk memakai sebarang jenis perlindungan pernafasan.Jika anda memutuskan untuk mengunjungi lombong, jangan lupa lengkapkan tubuh anda dengan 'bio-hazard suit'.


Bersambung ke bahagian 2,disini.




Wednesday, March 24, 2010

Kenderaan mewah di Malaysia

Lamborghini Murcielago


Nissan Skyline GTR35

Nissan Skyline GTR35(setelah eksiden)


Ferrari Enzo


Bentley


Hummer




Hummer dgn 10 tayar

Roll Royce Phantom


Tuesday, March 23, 2010

Misteri kejatuhan rangking FIFA pasukan bola sepak Malaysia

Misteri kejatuhan rangking dunia skuad bolasepak kebangsaan sejak 2 bulan yang lalu berjaya dibongkarkan oleh salah seorang ahli HMC, kenji_37 berdasarkan pengiraan beliau mengikut peraturan pengiraan rangking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa FIFA.

Saudara kenji_37 mengajak peminat dan penyokong skuad kebangsaan menilai perfomance pasukan Malaysia sejak 4 tahun kebelakangan ini. Klik read more untuk mengikuti analisis rangking skuad bolasepak kebangsaan.






ANALISIS DAN KESIMPULAN :

Daripada senarai perlawanan ni, selain daripada Sri Lanka(ranking 147) pada mac 2007, malaysia tak pernah menang dengan mana-mana negara yang berada di ranking bawah 150 dalam masa 4 tahun kebelakangan ni. Selain tu, Malaysia juga banyak kalah berbanding seri dalam perlawanan persahabatan dengan negara yang ranking lebih tinggi. Dan ini menyebabkan rangking malaysia bertambah teruk. Adalah lebih baik menang berdepan dengan negara ranking 202 dunia dan mendapat 127.5mata berbanding dengan seri dengan negara ranking 90 dunia dan hanya mendapat 93.5mata.

Hal ini terbukti apabila kira-kira setahun lalu, Malaysia banyak mengadakan perlawanan dengan negara yang beranking lebih rendah dan menang kesemua perlawanan tersebut. ini menjadikan mata yang dikumpul pada tahun tersebut adalah kira-kira 72 mata dan pada tahun ini, Malaysia banyak mengadakan perlawanan dengan pasukan beranking 110-90 dan mencapai keputusan terpuji, tetapi hanya mendapat kirakira 43mata untuk tahun ini, hampir separuh dari tahun sebelumnya.

Jika Malaysia hanya mementingkan ranking dan mahu menaikkanya dengan pantas, Malaysia patut mengadakan perlawanan dengan negara yang beranking rendah. ini akan membuatkan ranking Malaysia berada dalam sekitar 120-130 dalam masa setahun. ini juga akan dapat dicapai dengan lebih pantas jika Malaysia menang dengan pasukan beranking 110-90,dan bukan seri dengan mereka. tetapi kemungkinan itu adalah sukar untuk dicapai melihatkan Malaysia tidak pernah menang dengan mana-mana pasukan beranking bawah 150 dalam masa 4 tahun kebelakangan ini (selain Sri Lanka sekali tu la...).

Diharapkan agar analisis ini dapat membantu dalam merungkai segala persoalan dan misteri kejatuhan rangking skuad negara yang menjadi tanda tanya pelbagai pihak meskipun skuad kebangsaan mempamerkan peningkatan dari segi prestasi sejak akhir-akhir ini.


*copy from HMC



Monday, March 22, 2010

Honda HSV-010 GT


HSV(Honda Sports Velocity). Khabarnya sepatutnya kereta ini untuk dipasarkan kepada umum dan bersaing dengan Lexus LFA dan Nissan GTR tetapi tak tau kenapa Honda tak jadi pula pasarkan kereta ni dan hanya digunakan untuk race sahaja,baru ingat nak 'angkat' sebijik..haha.







Spesifikasi:

Length x Width x Height (m): 4.675 x 2.000 x (not disclosed) Wheelbase (m): 2.700
Vehicle weight (kg): 1,100 or more
Engine name: HR10EG
Configuration: Liquid-cooled, naturally aspirated, longitudinal V8
Valve train: Gear-driven DOHC: 2 intake and 2 exhaust valves per cylinder
Displacement (cm3): 3,397
Bore x stroke (mm): 93.0 x 62.5
Compression ratio: (Not disclosed)
Maximum output: 500 or more
Maximum torque(N•m): 392 or more
Fuel supply system: Programmed fuel injection system (Honda PGM-FI)
Fuel: Lead-free premium gasoline
Lubrication: Dry sump
Transmission mechanism: Constant mesh
Transmission shifting method: Steering paddle shifter
Steering system mechanism: Rack and pinion system with electric power steering (EPS)
Tyres: Front 330/40R18, Rear 330/45R17
Suspension system: Double wishbone Stabilizer: Torsion bar




Bila hari hujan




Bila tengok video ni teringat lak aku bile hari2 hujan.Nasib yg selalu menimpa mat2 moto dan mat2 jalan kaki.Bila lalu jalan2 yang berlopak je,pulak tu ade kereta lain lalu dgn xde sopan santunnya mmg kene punye la.Aku pernah terkena dan jugak terkenakan org lain,tp sebab tak sengaja bukan sebab xde sopan santun.Memang menyumpah,meencarut,memaki punye la kalu terkena...

Yang video kat atas tu,aku rase bukan setakat mat2 moto dgn mat2 jalan kaki je yg nyumpah seranah,mat2 kereta,mat2 bas,mat2 lori sume mmg menyumpah punyelah.

Tuesday, March 16, 2010

Havana,Cuba.

Havana,aku suka tengok suasananya yg agak retro.Macam zaman 70an je.Menjadi impian aku sejak lama dulu lagi untuk melawat Havana ni,tetapi entah bila aku pun tak tau.Dalam Malaysia pun tak banyak lagi aku lawati, belum banyak aku terokai,ada hati nak melawat Havana..haha...

Melalui pen'google'lan aku,katanya ibu negara Cuba ni walaupun buruk tapi sangat bersih, teratur & selamat.Orang2nya pun sgt friendly,macam orang Malaysia kita la kot.Kat jalan2nya banyak kereta2 klasik.Cuba terkenal dengan pengeluaran cigar.tapi dengarnya jgn harap la nak dapat cigar dengan harga murah kat sini.Makcik kat bawah tu nampak syok je hisap cigar.




Ni lagi gambar2 menarik kat Havana yang aku cilok dari google..













Ni pulak lagu Havana Affair daripada RHCP.Aku letak je sebab ada nama Havana.:D

Monday, March 15, 2010

Volkswagen Combi

Jaguh yang dilupakan

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
irwan@majalahkereta.com.my


BIARPUN sudah berusia lebih 50 tahun, model ini tetap diminati.

HARI ini, kita dapat melihat limpahan model-model MPV menjalar di jalan raya di seluruh negara. Tidak dapat dinafikan lagi, MPV sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup bagi mereka yang mementingkan aspek keselesaan dan praktikaliti sebuah minivan besar bagi tujuan mengangkut penumpang dan bagasi.

MPV seperti Toyota Estima, Alphard dan Odyssey boleh kita jumpa hampir di mana sahaja dan setiap masa. Transisi daripada pemilikan kenderaan penumpang kepada MPV juga telah menghasilkan landskap pasaran yang luas. Kini hampir setiap pengeluar memasarkan MPV mereka sendiri.

Volkswagen Kombi

Lama sebelum zaman Estima dan Alphard, malah ketika istilah MPV belum muncul, jenama Volkswagen telah bermula dengan model Volkswagen Kombi. Dikenali sebagai Volkswagen Type 2, ia merupakan projek kedua selepas Beetle yang juga produksi minivan paling lama dalam sejarah. Produksi van itu bermula pada tahun 1950. Walaupun generasi baru seperti Transporter muncul, Kombi masih lagi dikilangkan. Benar, kilang VW di Brazil masih lagi menghasilkan kenderaan tersebut!

Orang yang bertanggungjawab mengeluarkan idea kenderaan itu ialah jurutera kelahiran Belanda, Ben Pon. Beliau yang juga seorang pengimport kereta Volkswagen ke Amerika telah menghasilkan lakaran van itu pada tahun 1947. Kemudian, idea itu mula diterjemahkan sehingga menjadi sebuah van atau bas mikro yang popular hingga kini.




Volkswagen Type 2 sebenarnya sangat sinonim dengan budaya Hippie yang pernah menerjah masyarakat Amerika Syarikat (AS) sekitar tahun 1960-an.

Hippie ialah satu subbudaya yang ditunjangi oleh golongan belia dan kononnya memperjuangkan hak asasi serta cinta.

Komuniti Hippie dikatakan mempunyai amalan tersendiri. Misalnya penggunaan dadah jenis marijuana atau LSD, cenderung dengan muzik rock psychedelic, berpakaian unik dengan pelbagai aksesori dan sebagainya.

Ia juga merupakan golongan muda yang mempertikaikan polisi menindas oleh kerajaan AS, membantah penglibatan AS dalam Perang Vietnam dan era persatuan pelajar universiti yang sangat dominan.

Mereka turut mempunyai agenda-agenda perjuangan tersendiri seperti membenci perperangan antinuklear, menentang diskriminasi dan menegakkan hak asasi manusia. Di samping itu, mereka mempunyai teknik atau tatacara menyampaikan ekspresi terutama protes dan perasaan dengan unik. Ini boleh dilihat pada karya-karya seni seperti muzik, sastera, drama, lukisan, seni visual, filem, poster, kulit album dan sebagainya.

Jadi kenapa pula van Volkswagen itu terbabit sama? Hubung kait Van Volkswagen pada mulanya banyak dilihat digunakan oleh golongan Hippie sebagai kenderaan rasmi mereka untuk bergerak ke tapak-tapak perkhemahan, mengembara dan sebagainya.

Sebenarnya tidak ada sebab yang kukuh kenapa van itu digunakan oleh golongan Hippie. Pada asalnya, ia digunakan kerana ruang dalamannya yang sememangnya sesuai untuk kegunaan mereka terutamanya untuk tujuan mengembara.

RUANG dalaman yang cukup selesa untuk bersantai, sama ada bermain catur atau sekadar membaca buku kegemaran.

Kelebihan van atau bas mikro itu boleh memuatkan dengan ramai penumpang, peralatan berkhemah, alat memasak, pakaian dan perabot kayu buatan sendiri. Jadi, van berbentuk seakan-akan kotak itu boleh menjadi sebuah kenderaan serbaguna.

Kerja-kerja restorasi

Pada masa itu kebanyakan kenderaan di Amerika masih tidak mempunyai ciri-ciri seperti yang terdapat pada bas mikro Volkswagen. Maka, secara tidak langsung ia menjadi pilihan ramai komuniti Hippie yang bilangannya bertambah ramai.

Tambahan pula semasa itu van Volkswagen terpakai boleh didapati dengan harga yang murah. Sudah tentu komuniti Hippie yang rata-rata tidak bekerja mampu memilikinya. Maka, van itu menjadi mangsa ekspresi golongan tersebut apabila ia dihias dan dicat semula dengan pelbagai gaya dan sentuhan yang sealiran dengan fesyen mereka. Dengan warna-warna terang, van itu dipandang sebagai satu seni moden dan berterusan hingga ke hari ini.

Setelah 50 berlalu, zaman kegemilangan Hippies dan Volkswagen T2 tidak pernah dilupakan. Malah, kerja-kerja restorasi terhadap van itu kian popular kerana eksklusiviti dan keunikannya yang tersendiri. Volkswagon Type 2 keluaran tahun 1972 yang dipaparkan kali ini dipacu oleh enjin berkapasiti 1.6 liter dengan 4 silinder. Semuanya masih berkeadaan asal. Sama ada enjin, sistem transmisi, dalaman dan sebagainya.


SUNTIKAN elemen moden diserapkan ke ruang papan pemuka menerusi unit pemain cakera padat.

Menyingkap tentang model Type 2 T2 itu, ia merupakan sebuah model yang dibina di Jerman sehingga tahun 1979. Kemudian, penghasilannya dipindahkan ke Mexico pada 1970 hingga ke tahun 1994. Bas mikro T2 biasanya digelar sebagai 'Breadloaf' dan 'Bay-window'. Berbanding model T1, T2 berbeza sedikit binaannya terutama jika dilihat pada bahagian tingkap dan saiznya yang sedikit besar. T2 juga memiliki dua versi yang masing-masing diberi kod T2a dan T2b.

Penyerap hentak asal telah digantikan dengan penyerap hentak berjenama SACHS. Ini mungkin bagi membolehkan ia dipandu dengan lebih selesa. Brek jenis cakera telah dipasang dan keempat-empat roda dan dilengkapi dengan pam brek ATE.

Di bahagian dalaman pula tidak banyak yang diubahsuai. Semuanya direstorasi kepada rekaan kilang yang asal. Papan pemuka asli masih dikekalkan dan dicat kemas mengikut spesifikasi asal. Apabila masuk ke dalam van itu, satu meja yang diapit dengan dua baris tempat duduk kelihatan di ruang belakang. Ia membolehkan penumpang bermain catur atau membaca pada waktu lapang.

Mengekalkan reputasinya sebagai sebuah minivan paling berjaya dalam sejarah bukanlah mudah. Kehebatannya sering dibayangi oleh Beetle.

Namun bagi pengikut setia Volkswagen Kombi, kenderaan itu lebih daripada sekadar lambang Volkswagen dan kelas MPV. Ia merupakan ikon kejuruteraan unik abad ke 20 yang tiada tandingannya.