Sunday, March 14, 2010

INFO TEKNIKAL SISTEM EKZOS

Bagaimana ini adalah yang paling penting untuk memulakan modifikasi peningkatan enjin. Ok kita lupakan sejenak bahanbahan lain seperti kabel-kabel prestasi tinggi, saluran, palam pencucuh dan penyuntikan air.Jangan bazirkan wang anda dengan hanya mencantikkan ruangan enjin anda tetapi menghampakan dari segi prestasi enjin. Sistem ekzos adalah merupakan yang paling ringkas tetapi mempunyai banyak rahsia disebaliknya. Nak tahu ke.. Ia merupakan lengkongan besi paip dari enjin ke manifold kepada muffler. Untuk melalui semua ini, gas
ekzos perlu melepasi cataytic converter ( alat
untuk mengawal tahap pencemaran dan mengubar molekul gas racun kepada karbon monoksida ) dan paip saluran serta sub-muffler.

Tujuan dan matlamat asal sistem ekzos pada setiap kenderaan ialah meminimumkan tahap kebisingan / bunyi ke tahap paling rendah , menghalang kepanasan dan sisa buangan bertoksik. Tanpa sistem ekzos , sesebuah kenderaan akan mengeluarkan bunyi yang amat kuat , gas-gas yang berbahaya kepada alam sekitar. Untuk mengelakkan dan mengekalkan keharmonian alam sekitar, sistem ekzos telah diperbaiki dari ke sehari oleh juruteknik automotif.

Kita sering mendengar orang berbangga menukar sistem ekzos mereka yang macam tu dan yang macam ini. Ok, di sini kita bincang tentang manifold, bullet, paip dan sebagainya. Yang pentingnya ialah perlu mengetahui bahagian pertama sekali harus ditukar untuk membebaskan tenaga. Bukan sekadar menukar secara suka-suka hanya dipengaruhi oleh peniaga.

Paling utama sekali bahagian ekzos ialah muffler atau perendam bunyi. Ia merupakan sebuah tabung terakhir yang memastikan bunyi kereta menjadi senyap. Bahagian dalaman mempunyai ungkaian dan saluran yang berliku-liku seperti lorong untuk memperlahankan dan mengurangkan kepanasan. Cara ini amat berkesan untuk mengurangkan bunyi tetapi mengecewakan segi menghasilkan kuasa yang sepatutnya dijana di bahagian enjin.

Dari beberapa kajian dan pengalaman yang kita dapati, untuk mendapatkan tekanan paling rendah ialah memilih muffler jenis saluran lurus. Begitu juga menentukan saiz, jenis paip serta bahan buatan juga penting. Dari segi kawalan emisi bunyi ( bunyi diserap oleh gentian seramik ) ,pencemaran masih tidak terlalu jauh dengan spesifikasi muffler standard tetapi di sebaliknya mempunyai kuasa yang tinggi. Muffler ini biasanya bersaiz besar 4 dan 7 inci, lebih besar tabung tersebut akan menghasilkan bunyi lebih perlahan. Masalahnya tabung ini amat mahal pada sesetengah orang, seperti jenama HKS, APEXi, TANABE, GREDDY dan SUPER DRAGGER.

Muffler saluran terus ini juga disebut type N-1 atau disebut bullet. Ini amat popular untuk enjin putaran tinggi seperti VTEC. Ekzos seperti ini seolah-olah menjadi trend dan bunyinya juga berupaya mengundang minat “PIHAK BERKUASA”. Ia bukan bermaksud, ekzos jenis ‘peluru’ ini tidak baik. Ekzos seperti jenama-jenama diatas merupakan antara muffler jenis N1 yang bagus tetapi perlu disatulkan dengan sub-muffler atau disebut resonator yang sesuai.

Muffler saliran terus, terdapat satu lagi jenis yang biasa kita lihat iaitu disebut S-TYPE. Muffler ini biasanya dipilih kerana lebih senyap berbanding jenis saliran terus dan kebiasaannya mempunyai bentuk oval sama seperti muffler standard. Untuk sebuah enjin N/A , penalaan yang tepat pada bahagian paip dan salurannya adalah terbaik, berbanding jenis saluran terus. Bagaimanapun, tidak mengambil kira jenis enjin empat silinder dan enam silinder, ini kerana setiap karektor enjin ini mempunyai spesifikasi berbeza-beza.


Setiap mencari formula, si pengguna dan si pembuat ekzos perlulah tahu kiraan dan bacaan saiz, tekanan secara matematikal kerana jika tidak, hasilnya adalah lebih teruk dari sebuah sistem ekzos standard.

No comments:

Post a Comment