Thursday, February 3, 2011

Misteri penemuan bahtera Nabi Nuh (Bahagian 2)


Di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turki, tersembunyi sebuah misteri berharga yang berusia lebih dari 5000 tahun. Peninggalan sejarah yg berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah sahaja, namun pihak penyelidik US seperti CIA/KGB pun mencuba untuk melakukan penelitian disana. Sejauh ini CIA telah menggunakan satelite dan pesawat Stealth utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung tersebut. Gambar2 itu telah menjadi rahsia besar dan tersimpan rapi dengan kawalan yg ketat bersama dengan rahsia2 penting yg lain di Pentagon.

Sudah beratus2 orang mencuba untuk mendaki Gunung Aghi-Dahl yg kerap dijolokan juga sebagai Gunung Kesengsaraan atau dengan nama petanya iaitu Gunung Ararat, namun hanya beberapa2 orang saja yang berhasil menaklukinya.Sebahagian lagi selebihnya hanyalah menambah senarai nama panjang pendaki-pendaki yang menjadi korban keganasannya. Hingga hari ini, hanya ada beberapa orang pendaki yg dapat sampai ke puncak Gunung Ararat sekaligus dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri sebuah artifak yg mahaberharga tersimpan abadi dipuncaknya.

Lalu apakah sebenarnya artifak mahaberharga yang terkubur selama ribuan tahun di puncak Ararat itu? Yup,menurut para ahli purbakala, mereka menafsirkan bahawa artifak dengan dimensi yang sangat besar tersebut tak lain adalah Bahtera Nabi Nuh! Sepertimana yang kita ketahui bahawa The Great Pyramid of Giza, Mesir telah terkubur didalam tanah selama kurang lebih 2000 tahun lamanya sebelum ditemukan dan dilakukan penggalian terhadapnya. Begitu pula halnya dengan Bahtera Nabi Nuh ,sebelum terjadinya sebuah gempa bumi hebat yang melanda daerah itu pada 2 Mei 1988 silam, artifak tersebut tertimbus di bawah salji hampir selama 5000 tahun lamanya tanpa ada yang mengetahui bahwa sebenarnya tersimpan sebuah rahsia besar didalamnya.

Sebenarnya, zaman Nabi Nuh AS dulu tidaklah seprimitif yg kita semua bayangkan. Pada hakikatnya pengetahuan Sains dan teknologi mereka sudah maju pada masa itu. Buktinya daripada beberapa hasil temuan di kaki Gunung Ararat, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak batu bateri elektrik purba yg digunakan utk meleburkan logam.Tentunya penemuan tersebut mampu membuktikan bahawa masyarakat zaman Nabi Nuh telah mengenali tenaga elektrik.

Mengikut perkiraan para ahli ,Nabi Nuh AS memulai membangunkan bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan lebat yang turun menenggelamkan bumi selama bertahun- tahun sehingga mengakibatkan munculnya air bah maha dasyat yang rata-rata dapat mengakhiri sebahagian populasi manusia dimuka bumi diperkirakan terjadi pada 2345 B.C Rupa bentuk dari Bahtera Nabi Nuh itu sendiri sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut masa kini pada umumnya.

Menurut para peneliti dan pendaki yg pernah melihat langsung Bahtera Nuh di puncak Gunung Ararat serta beberapa imej yang diambil daripada pemotretan udara, Bahtera Nabi Nuh memang merupakan sebuah bahtera yang berdimensi sangat besar dan kukuh. Bahan pembuatan utamanya tersusun oleh susunan kayu dari spesis pohon purba yg memang sudah tidak boleh ditemui lagi didunia ini. Pengukuran objek yang ditandai mempunyai altitute 7.546 kaki dengan panjang dari bahtera kurang lebih 500 kaki, 83 kaki lebar, dan 50 kaki tinggi.

Ada juga Para Pengkaji berpendapat, Bahtera Nuh berukuran lebih luas dari sebuah lapangan sepak bola. Luas pada bahagian dalamnnya cukup utk menampung ratusan ribu manusia.Jarak dari satu tingkat ke satu tingkat lainnya ialah 12 hingga ke 13 kaki. Sebanyak lebih kurang ribuan sampai puluhan ribu balak kayu digunakan untuk membangunnya.

Totalnya, terdapat lebih kurang ratusan ribu manusia dan haiwan daripada pelbagai species yang ikut menaiki bahtera ini, Mengikuti kajian dari Dr.Whitcomb, kira2 terdiri 3.700 binatang mamalia, 8.600 jenis itik/burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yg menaiki Bahtera Nabi Nuh tersebut, selebihnya adalah para kaum Nabi Nuh yang percaya akan ajaran yang dibawanya. Total berat muatan bahtera itu keseluruhan mungkin mencapai kurang lebih 24,300 tan.

Di sekitar objek tersebut, juga ditemui sebuah batu besar dengan lubang pahatan. para peneliti percaya bahawa batu tersebut adalah drogue-stones, di mana pada zaman dahulu biasanya digunakani pada bahagian belakang perahu besar untuk menstabilkan perahu. Radar dan peralatan mereka menemui sesuatu yang tidak lazim pada level iron oxide atau seperti molekul baja. Struktur baja tersebut setelah dilakukan penelitian bahawasanya adalah daripada vessel. Ia telah berumur lebih dari 100.000 tahun, dan terbukti bahawa struktur dibuat oleh tangan manusia. Mereka percaya bahawa itu adalah jejak pendaratan Bahtera Nuh.Beberapa sarjana berpendapat bahawa kemungkinan besar Bahtera Nuh ini dibangunkan disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah kawasan yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibangun di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey,kemungkinan besar bahtera tersebut telah dibawa arus air sejauh kurang lebih 520 Km. Gunung Ararat itu sendiri bukanlah sembarangan gunung, ia adalah sebuah gunung yg unik. Diantara salah satu keunikan yg terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.

Gunung Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai puncak yg terluas di muka bumi ini. Statusnya juga merupakan puncak tertinggi di Turki iaitu setinggi 16,984 kaki dari permukaan air laut.Sedangkan puncak kecilnya setinggi 12,806 kaki. Jika kita berhasil menakluki puncak besarnya, kita dapat melihat 3 wilayah negara dari atasnya, iaitu Russia, Iran, dan Turkey. Sebuah batu nisan yg didakwa kepunyaan nabi Nuh AS telah dijumpai di Gunung Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. Pada tahun 1917, Maharaja Russia Tsar Nicholas II mengirimkan sejumlah 150 org pakar dari pelbagai bidang yg terdiri dari saintis, arkeologi dan tentera untuk melakukan penyelidikan terhadap Bahtera Nabi Nuh tersebut. Setelah sebulan, pasukan ekspedisi itu baru sampai ke puncak Ararat. Segala kesukaran telah berhasil mereka lalui, dan akhirnya menemui Bahtera Nuh tersebut. Dalam keadaan kagum, mereka mengambil gambar sebanyak mungkin. Mereka mengukur panjang Bahtera Nuh dan didapati ukuran panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki, sebagian lainnya tenggelam di dalam salji.

Hasil daripada perjalanan itu dibawa pulang dan mahu diserahkan kepada Tsar, malangnya sebelum sempat melaporkan penemuan penyelidikan itu ke tangan kaisar, Revolusi Bolshevik Komunis (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan Jenderal Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih belum diketahui, apakah laporan itu masih disimpan atau telah dimusnahkan.

Replika Bahtera Nabi Nuh
Replika Bahtera Nabi Nuh
Replika Bahtera Nabi Nuh
Replika Bahtera Nabi Nuh
Replika Bahtera Nabi Nuh
Replika Bahtera Nabi Nuh
Replika Bahtera Nabi Nuh
Replika Bahtera Nabi Nuh

No comments:

Post a Comment